Motorola Razr 3 Mungkin Dijana Dengan Snapdragon 8 Gen 1

TechnologyDigital
11 Jan 2022 • 9:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Cubaan Motorola dalam dunia telefon pintar dengan skrin boleh -lihat, tidak begitu nenjadi. Konsep peranti sudah menarik, dengan mengembalikan model RAZR. Tetapi spesifikasi dan harga jualan tidak cukup untuk buatkan orang ramai tergilakan peranti ini.

Motorola ada janji yang generasi ketiga, mungkin Razr 3 akan hadir dengan rekaan baharu dan spesifkasi peranti lebih berkuasa.

image is not available

Menurut XDA, Motorola akhirnya akan memilih cip kelas mercu untuk Razr baharu. Kali ini dikatakan akan dijana dengan Snapdragon 8 Gen 1, memori 6GB RAM sehingga 12GB serta pilihan storan dalaman mencapai 512GB. Peranti juga akan mempunyai sokongan UWB.

Skrin pula walaupun FHD+, ia akan menyokong kadar segar semula 120Hz. Kamera swafoto pula adalah pada skrin berlubang di dalam, skrin kedua di luar juga akan dikekalkan – lain-lain setakat ini masih dirahsiakan.

image is not available

Motorola dikatakan akan menjual peranti ini di China, Eropah dan Amerika Utara. Pasaran Malaysia kali ini tidak pasti akan masuk awal atau lewat seperti Razr 5G sebelum ini. Sama-sana kita nantikan.