“Kenapa Kerajaan Takut Sangat?!” – Permohonan Syed Saddiq Nak Tolong Mangsa Banjir Ditolak Mentah-Mentah

Politics
15 Jan 2022 • 10:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meluahkan rasa kecewa dan marah menerusi platform media sosial peribadinya kerana isu bantuan kepada mangsa banjir di bandar itu.

Menurut Saddiq, dia tidak faham mengapa perlu wujudnya double standard ketika mahu menghulurkan bantuan kepada rakyat. Mana tidaknya, sehingga kini 6 orang ahli MUDA termasuk dirinya telah dipanggil pihak polis.

Salah kami, hanya kerana sampaikan bantuan kepada mangsa banjir secara terus.”

image is not available

 

Permohonan ditolak mentah-mentah

Katanya lagi, birokrasi yang wujud menyukarkan dia dan pasukannya menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Muar. Sudahlah begitu, permohonan yang dibuatnya pula dikatakan telah ditolak mentah-mentah.

Bila saya dah buat permohonan, kena tolak mentah-mentah. Permohonan untuk bantu rakyat pun boleh kena tolak mentah-mentah.”

Bukan itu saja, Saddiq turut berkata jika dia dan pasukannya terus ‘redah’ pergi menghulurkan bantuan tanpa permohonan yang diluluskan, mereka akan disiasat oleh polis pula.

MANA KEADILANNYA?!”

image is not available

 

Parti lain boleh

Menurut Saddiq lagi, lebih mengecewakan apabila parti-parti lain yang mahu menghulurkan bantuan secara terus kepada mangsa banjir, tidak dijadikan isu sepertinya.

Saddiq turut mempersoalkan mengapa pihak kerajaan seolah-olah takut untuk membenarkannya membantu rakyat. Meskipun begitu, dia akui tidak akan berhenti berbuat sedemikian walaupun terdapat pelbagai halangan.

image is not available 5 hari lalu

"Tak Perlu Sampai Siasat.." - Syed Saddiq Respon Isu PDRM Tahan Sukarelawan