Tunggu surat saman: Azam Baki

Politics
6 Jan 2022 • 1:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM.

Azam berkata, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.

"'Just wait' (tunggu).... saman akan dibuat ke atas orang itu," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Pada sidang akhbar khas bersama Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di Ibu Pejabat SPRM, di sini pada Rabu, Azam memaklumkan terdapat usaha beberapa pihak yang berkepentingan atau mempunyai agenda yang tidak baik terhadap SPRM.

Pihak berkenaan mengambil kesempatan untuk terus menghakis kepercayaan masyarakat ke atas agensi itu dengan menjadikannya sasaran serangan bertubi-tubi.

Setelah mendapatkan nasihat peguam, Azam telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Sidang akhbar itu dibuat bagi menjawab dakwaan berhubung salah laku yang dikatakan membabitkan pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.

Mengulas lanjut, Azam berkata, mereka yang terlibat sudah dikenal pasti dan mendakwa mereka digunakan pihak tertentu untuk memberi tekanan ke atas SPRM.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved