Dr. Mahathir Jalani Prosedur Perubatan Elektif Di IJN

Politics
7 Jan 2022 • 10:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr. Mahathir Mohamad - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Kenyataan IJN memaklumkan berdasarkan prosedur operasi standard semasa, tiada pelawat dibenarkan menziarahi Ahli Parlimen Langkawi itu.

Pada 16 Disember lepas, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian lanjut.

Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar seminggu kemudian. - Bernama