Kebakaran Di Kedutaan Malaysia Di Seoul, Tiada Kecederaan

28 Jan 2022 • 4:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gamba dari kln.gov

SEOUL - Kebakaran di Kedutaan Malaysia di Seoul pada Jumaat berjaya dipadamkan dalam tempoh 17 minit, lapor agensi berita Yonhap, memetik kenyataan pegawai tempatan.

Kebakaran pada 9.38 pagi itu berpunca daripada kipas pemanas di tingkat dua kedutaan, dan kira-kira 20 orang terpaksa mengosongkan bangunan.

Sebahagian daripada dinding bangunan terbakar, tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, kata pegawai.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved