Demam babi, dari Thailand ke Jakarta

13 Jan 2022 • 4:15 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

JAKARTA : Demam babi Afrika (ASF), baru-baru ini ditemui di Thailand dan kini telah merebak ke beberapa kawasan di Indonesia.

Menurut laman web rasmi Kementerian Pertanian Indonesia, contoh ASF telah ditemui di beberapa bandar di Sumatera Utara.

Menurut Kompas.com., Dairi, Deli Serdang, Karo, Tebing Tinggi, Permatang, Tapanuli Selatan, Langkat, dan Pematang Siantar antara bandar tempat virus itu dikesan.

Demam babi Afrika adalah penyakit pada babi yang mudah berjangkit dan boleh membunuh sehingga semua ternakan babi dan menyebabkan kerugian ekonomi yang besar, menurut kementerian itu.

Menurut laman web USDA, demam ASF tidak bahaya kepada kesihatan manusia dan tidak boleh berjangkit daripada babi kepada manusia.

Pada 10 Januari, pegawai Thai menemui kes demam babi Afrika dalam sampel calitan dari rumah penyembelihan di wilayah Nakhon Pathom, menjadikannya kes rasmi pertama negara itu.

Penemuan itu berlaku selepas pegawai Thai menafikan selama bertahun-tahun bahawa terdapat wabak maut tempatan yang telah membunuh ratusan juta babi di Eropah dan Asia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved