Telekosop James Webb Tiba Ke Titik L2 – 1.5 Juta Kilometer Dari Bumi

TechnologyDigital
27 Jan 2022 • 6:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada hari Krismas tahun lalu teleskop James Webb dilancarkan ke angkasa lepas sebagai pengganti kepada teleskop Hubble yang sudah beroperasi sejak 1990. Selepas lebih sebulan dilancarkan, James Webb akhirnya tiba titik Lagrange kedua (L2 point) yang terletak 1.5 juta kilometer dari bumi.

image is not available

Ini ialah titik dimana James Webb akan mengorbit dan melakukan misi mencari galaksi baharu serta menjawab persoalan mengenai asal usul alam semesta. Untuk tiba ke L2, teleskop secara perlahan-lahan dinyahlipat bagi memasang kepingan cermin, antena dan pelindung haba.

Fasa seterusnya bagi James Webb ialah untuk NASA melakukan beberapa lagi ujian dan memfokuskan cermin teleskop sebelum boleh memulakan operasi. Tidak seperti Hubble, James Webb dijangka hanya mempunyai bekalan api yang cukup untuk membenarkannya beroperasi selama 10 tahun.

Sumber NASA

View Original Article