3,251 kes baharu Covid-19, lebih 98 peratus pesakit kategori satu dan dua

8 Jan 2022 • 8:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Kumulatif kes sembuh Covid-19 di negara ini kini 2,711,900 kes selepas 3,161 lagi kes sembuh direkodkan sehingga 12 tengah hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes baharu pula mencatat 3,251 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 kini 2,783,331 kes.

“Daripada 3,251 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 58 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat, lima manakala 3,193 kes atau 98.2 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Sebanyak 243 kes pula memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 113 kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), Dr Noor Hisham berkata negara kini merekodkan nilai 0.96 dengan Labuan mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.15 dan 1.06 direkodkan di Sabah.

Sementara itu, mengenai situasi semasa banjir setakat 3 petang tadi, beliau berkata satu kes baharu positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes 466.

“Sebanyak 43 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir pada hari ini, iaitu 35 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI), penyakit kulit (satu) dan Acute Gastroenteritis (AGE) (tujuh), “ katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved