Laptop MSI dilengkapi Intel Core i9 gen-12 dan RTX 3080 Ti tiba bersama hadiah percuma bernilai RM1,349

Digital
25 Jan 2022 • 6:16 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dengan tibanya pemproses terbaru Intel Core generasi ke-12, maka muncullah barisan komputer dan laptop yang dilengkapi cip terbaru ini. Salah satu daripadanya adalah MSI, jenama laptop gaming yang terkemuka di dunia.

MSI kini mengumumkan barisan laptop baru mereka telah dibuka tempahan awalnya di Malaysia. Laptop baru ini dilengkapi pemproses terbaru Intel Core gen-12 siri H dan tempahan awal dibuka dari 24 hingga 31 Januari 2022. Tawaran ini boleh didapati di Stor Online MSI Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Pembeli laptop MSI yang tergolong dalam promosi ini, akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,349 berupa jam pintar Fitbit Luxe, tetikus MSI Gaming dan fon kepala MSI Gaming.

image is not available

Selain itu, pembeli juga berpeluang menerima hadiah tambahan berupa kredit Steam bernilai USD50. Caranya dengan mendaftarkan laptop MSI yang baru dibeli di MSI Membership Center, serta membuat ulasan di kedai dalam talian di tempat ia dibeli.

image is not available

Model yang terlibat dan harga jualan di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Raider GE76 (Core i9-12900H, RTX 3080 Ti 16GB, SSD 2TB, RAM DDR5 64GB, 17.3″ 4K 120Hz) – RM20,999
  • Raider GE76 (Core i9-12900H, RTX 3070 Ti 8GB, SSD 2TB, RAM DDR5 32GB, 17.3″ 2K 240Hz) – RM14,499
  • Raider GE76 (Core i7-12700H, RTX 3070 Ti 8GB, SSD 1TB, RAM DDR5 32GB, 17.3″ 2K 240Hz) – RM11,999

  • Stealth GS66 (Core i9-12900H, RTX 3080 Ti 16GB, SSD 2TB, RAM DDR5 64GB, 15.6″ 4K) – RM19,999
  • Stealth GS66 (Core i7-12700H, RTX 3070 Ti 8GB, SSD 1TB, RAM DDR5 32GB, 15.6″ 2K 240hz) – RM12,999

  • Raider GE66 (Core i7-12700H, RTX 3070 Ti 8GB, SSD 1TB, RAM DDR5 16GB, 15.6″ FHD 360Hz) – RM10,999

  • Vector GP76 (Core i7-12700H, RTX 3060 6GB, SSD 1TB, RAM DDR5 16GB, 17.3″ FHD 360Hz) – RM8,599

  • Vector GP66 (Core i7-12700H, RTX 3060 6GB, SSD 1TB, RAM DDR5 16GB, 15.6″ FHD 240Hz) – RM7,999

Maklumat lanjut tentang promosi laptop MSI ini, boleh dirujuk di sini.

Bacaan Berkaitan

View Original Article