Nilai Saham Sony Merudum Sebanyak 12 Peratus Selepas Microsoft Mengambil-alih Activision-Blizzard

TechnologyDigital
19 Jan 2022 • 2:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengambil-alihan Activision-Blizzard oleh Microsoft memperlihatkan syarikat tersebut kini di belakang Tencent dan Sony sebagai syarikat pembangun ketiga terbesar di dunia.

Microsoft kini dilihat akan memuatkan permainan-permainan seperti Call of Duty, Doom, Civilizationn dan sebagainya dibawah Xbox Game Pass tidak lama lagi, dan tidak mengejutkan sekiranya tajuk-tajuk seperti Warcraft, Starcraft dan Diablo juga akan ditempatkan bawah pelan yang sama.

Jika terdapat satu syarikat yang terkesan dengan teruk kerana pengambil-alihan ini, ia mungkin adalah Sony. Selepas berita pengambil-alihan Acitivision-Blizzard oleh Microsoft dikeluarkan, ia dilihat bahawa nilai saham syarikat tersebut dilihat merudum sebanyak 9 peratus, menurut laporan Reuters.

Satu lagi laporan daripada BBC pula memperlihatkan kejatuhan nilai saham sebanyak 12.2 peratus, sekaligus menyebabkan penanda-aras indeks saham Nikkei untuk turun sebanyak 2.9 peratus.

Walaupun begitu, Sony masih lagi pengeluar dan pembangun permainan video kedua terbesar di dunia buat masa ini. Terdapat kemungkinan bahawa Microsoft Gaming, iaitu anak syarikat baru Microsoft yang memfokuskan kepada industri gaming akan mengambil-alih lebih banyak syarikat untuk menyuapkan lebih banyak permainan video kepada perkhidmatan langganan Xbox Game Pass mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved