“Tak Pasti, Jangan Kongsi!” – Tular ‘Screenshot’ Cuti Kelepasan Am 3 Feb, JPM Sahkan Tak Benar

27 Jan 2022 • 9:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial dan diperkatakan oleh warganet tentang adanya cuti kelepasan am untuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari 2022.

Walau bagaimanapun, ekoran berita yang sedang tular di media sosial itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri memaklumkan bahawa berita tersebut sama sekali tidak benar.

JPM merujuk pada tangkap layar yang cukup viral di aplikasi Whatsapp bertajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9 (2) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)’.

Dalam pada masa yang sama, JPM menerusi akaun Facebook rasminya menegaskan agar orang ramai tidak sesuka hati menyebarkan berita palsu dan sebarang maklumat yang tidak pasti sama ada betul ataupun tidak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 16 jam lalu

Kes Harian Melonjak, Gelombang Omicron Sudah Bermula - Menteri Kesihatan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved