SPRM sumbang 43 bakul makanan kepada mangsa banjir di Segamat

26 Jan 2022 • 4:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SEGAMAT - Seramai 43 keluarga terjejas banjir di Kampung Kuala Paya, di sini, menerima bantuan bakul makanan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, baru-baru ini.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, program dengan kerjasama Waqaf An-Nur Corporation Bhd (Waqaf An-Nur) dan syarikat SPT Services Sdn Bhd (SPTS) itu bertujuan meringankan beban mangsa, selain melaksanakan tanggungjawab sosial pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.

"Secara tidak langsung kita dapat mendekatkan diri dengan masyarakat sekali gus berganding bahu dalam memerangi kegiatan rasuah.

"Bagaimanapun, penyampaian bantuan oleh mana-mana pihak perlu (dipastikan) sampai kepada mereka yang memerlukan dan sekiranya didapati berlaku perkara (penyelewengan) tersebut, maka kita minta masyarakat memberikan maklumat kepada pihak SPRM," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Rabu.

Program Sumbangan Pascabanjir SPRM Johor 2022 itu diadakan di dewan serbaguna kampung tersebut dan turut dihadiri Pegawai Daerah Segamat Hasrin Kamal Hashim, Pengurus Kanan (Tadbir Urus) Waqaf An-Nur Md Aris Amin dan Pengurus Besar SPTS Mohamed Suffian Abdul Manaf. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved