[KEMASKINI] Netflix dan Astro tergendala, tidak boleh ditonton pelanggan Unifi

25 Jan 2022 • 11:05 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

KEMASKINI 26/1/2022 10AM: Netflix menyatakan perkhidmatan mereka pulih kembali, tetapi tidak diberitahu punca masalah. @NetflixMY


Beberapa pelanggan Unifi menyatakan mereka tidak boleh menonton Netflix, apabila bersambung ke WiFi Unifi. Malah, ia juga dikatakan memberi kesan kepada Amazon Prime.

Buat masa ini, Unifi tidak menyatakan ada masalah di pihak mereka. Tetapi Astro dan Netflix Malaysia mengesahkan perkara tersebut.

Netflix Malaysia memaklumkan bahawa mereka sedar ada pengguna Unifi sedang berhadapan masalah bersambung ke Netflix dan mereka sedang memeriksanya.

Astro pula menyebut, beberapa pelanggan mereka yang menggunakan Unifi, ada masalah bersambung ke internet untuk menonton melalui Ulti/Ultra Box. Astro juga sedang menyelesaikan masalah ini dengan pihak penyedia perkhidmatan.

Memandangkan Unifi masih belum mengesahkan masalah ini, pengguna yang tergendala perlu menunggu untuk mengetahui apakah punca, serta bila ia akan pulih semula.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved