Najib Dituduh Ucap “Selamat Tinggal” Kepada Tun M, 2 Individu Akan Disaman?

Politics
24 Jan 2022 • 4:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak nak ambil tindakan undang-undang terhadap ahli parlimen Kangar, Amin Ahmad dan Pembantu Dr Mahathir Mohamad, Adam Muhhriz. Apa kes ni?

Menurut laporan Malaysiakini, Najib dituduh menulis ‘Selamat Jalan’ di media sosial kepada Dr Mahathir Mohamad ketika beliau kini sedang mendapatkan rawatan kali ketiga di Institut Jantung Negara (IJN) bulan ini.

Disebabkan dua individu berkenaan gagal mengemukakan permohonan maaf, saman akan dikemukan terhadap mereka. 

Pembantu atuk (Mahathir) Adam Mukhriz ini akan disaman juga sebab ahli Parlimen PH itu beri alasan dia petik posting dia dari tweet Adam.

Najib juga mengatakan bahawa beliau tidak percaya apabila Mahathir sedang sakit, mereka masih mentaburkan fitnah demi politik.

Lalu mereka suruh saya tunjuk activity log FB saya untuk buktikan saya tak post ‘selamat jalan?’, saya tunjukkan. 

image is not available

Sebelum ini, Amin dan Adam membuat satu posting di Facebook mengatakan bahawa ucapan ‘Selamat Tinggal’ yang ditulis Najib itu ditujukan kepada Mahathir.

Sebarang pampasan yang diterima akan saya beri sebagai bantuan kepada rakyat.

Kalau ada sesuatu kenyataan yang tiada ‘mention’ sesiapa tu, janganlah buat andaian. Apapun, semoga Dr Mahathir cepat sembuh.

Kredit: Malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved