Wolves Tamatkan Bulan Madu Rangnick Di Man United

Football
4 Jan 2022 • 8:20 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rangnick tumpas buat kali pertama sebagai pengurus interim Manchester United. - Gambar AFP

MANCHESTER - Wolves menamatkan permulaan tanpa kalah Ralf Rangnick sebagai pengurus interim Manchester United selepas jaringan Joao Moutinho memberi kemenangan 1-0 di Old Trafford.

Kekalahan pertama di laman sendiri kepada Wolves dalam 42 tahun meninggalkan United di tangga ketujuh di carta Liga Perdana Inggeris, empat mata di belakang posisi empat teratas.

Persembahan hambar yang ditunjukkan oleh United semestinya merisaukan Rangnick di mana The Red Devils gagal memberikan saingan langsung.

“Kami tidak bermain dengan baik, secara individu mahupun sebagai satu pasukan.

“Kami tidak memberi tekanan kepada lawan. Kami mencuba tetapi selepas 10-15 minit kami gagal berada dalam situasi untuk memberi tekanan kepada lawan.

“Masih banyak yang kami perlu perbaiki. Terutamanya apabila kehilangan bola, di babak pertama kami menguasai bola tetapi memberikannya kepada lawan dengan mudah,” kata Rangnick, yang telah mengutip 10 mata daripada empat perlawanan pertamanya.

United mengalami krisis kecederaan di tengah benteng pertahanan dengan Harry Maguire, Victor Lindelof dan Eric Baily tidak dapat diturunkan.

Ini memaksa Rangnick menurunkan Phil Jones buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.

Tetapi bekas pemain kebangsaan England itu adalah antara beberapa pemain United yang beraksi dengan baik daripada persembahan pasukan yang menghampakan. - AFP

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved