OnePlus Mungkin Akan Kembali Dengan Pembunuh Peranti Mercu

TechnologyDigital
18 Jan 2022 • 8:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
OnePlus One

OnePlus suatu masa dahulu terkenal di kalangan peminat teknologi kerana berjaya mengejutkan dunia dengan OnePlus One. Pembunuh peranti mercu yang menjadi trend bertahun-tahun.

Tetapi seperti syarikat teknologi lain, semakin besar semakin banyak perubahan, harga jualan menjadi tidak masuk akal dan peminat juga semakin hilang. Kini dengan gabungan bersama Oppo, OnePlus mungkin boleh kembali fokus kepada peminat seperti dulu.

image is not available

Digital Chat Station, selaku peniris terkenal dari China mendakwa yang OnePlus akan hadir dengan sebuah peranti yang dijana cip peranti mercu. Harga jualan adalah sekitar RMB2000-RMB3000 iaitu sekitar RM1300-RM2000.

Ia juga akan hadir dengan skrin rata, fokus kepada permua, dan mungkin akan cuba ikut strategi pemasaran iQoo.

image is not available

Peranti ini dikatakan akan diperkenalkan dalam siri baharu OnePlus dan mungkin bukan dalam siri Nord. Cip peranti mercu ini tidak semestinya perlu Snapdragon 8 Gen 1, model lama seperti 888 atau Dimensity 9000 yang ramai nantikan juga tidak mustahil. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved