Samsung Ingin Menjadi Nombor Satu Dalam Semua Kategori Produk

TechnologyDigital
4 Jan 2022 • 8:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung memulakan tahun 2022 ini dengan mesyuarat antara eksekutif, sekaligus berkongsi beberapa sasaran syarikat Korea Selatan berkenaan pada tahun “Harimau” 2022 ini. Melalui perkongsian dalaman, Samsung dilihat menyasarkan untuk menjadi nombor satu dalam semua kategori produk.

Pada hari ini, Samsung sedia menerajui dalam arena telefon pintar dan televisyen, tetapi masih dibelakang dibeberapa produk lain seperti fon telinga, jam tangan pintar, monitor, tablet dan sebagainya.

Disamping itu, Samsung juga ingin meningkatkan pegangan pasaran peranti mercu, dan pada masa yang sama merapatkan jurang bersama pihak Apple.

Selain itu, Samsung turut menyasarkan untuk memperluaskan pasaran fon telinga nirwayar.

image is not available

Secara keseluruhan Samsung ingin menjadikan tahun 2022 ini tahun dengan rekod positif tersendiri.

Sebelum ini, Samsung turut telah menjenamakan bahagian peranti mudah-alih keepada Samsung MX dalam memastikan visi peranti mudah-alih dan berhubung selari dan mudah diuruskan.

Sama-sama kita nantikan sepanjang tahun 2022 ini untuk menyaksikan strategi “Harimau” dalam membaham pesaing lain.