
Realme Pad adalah tablet pertama yang dihasilkan oleh Realme dan ia telah dijual di Malaysia. Tablet ini dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan, dengan harga permulaan di bawah RM1,000.
Pengguna di Malaysia boleh mendapatkan Realme Pad dengan versi WiFi atau sokongan LTE, serta dengan RAM sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan lagi storan.
Tablet Realme Pad menawarkan fungsi yang bagus dengan harganya, tetapi Realme nampak sedikit alpa kerana kekurangan ‘side-kick’ untuk menjadikan tablet ini lebih berguna. Nak beli ke tak beli Realme Pad? Ikuti ulasan Najib untuk anda putuskan pilihan akhirnya.
Harga jualan Realme Pad di Malaysia adalah seperti berikut:
Dapatkan Realme Pad di Shopee.
Bacaan lanjut di https://bm.soyacincau.com/2021/11/03/realme-pad-malaysia-harga-spec/


