
LABUAN: Seorang nelayan dilaporkan hilang ketika pergi memukat ikan di perairan Lambidan, Menumbok, Sabah pagi semalam. Sarizal Salleh, 39, dikhuatiri lemas apabila anggota keluarganya menyedari beliau tidak pulang ke rumah sejak Isnin lepas.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata pihaknya telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebaik sahaja menerima laporan kehilangan lelaki itu pada 10 pagi Isnin lalu.
“Lelaki tersebut dikatakan telah keluar untuk memukat ikan pada kira-kira pukul 6 pagi di pinggir pantai Lambidan, namun dia tidak pulang ke rumah selepas beberapa jam dan ahli keluarganya telah membuat laporan polis pada hari yang sama,” katanya pada Selasa.
Turut terlibat dalam operasi itu ialah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Angkatan Pertahanan Awam serta dibantu penduduk setempat dan setakat 5 petang ini, operasi itu masih berjalan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
