Geely Dilaporkan Membeli Meizu – Bakal Melancarkan Telefon Pintar Sendiri 2023

TechnologyDigitalCars
21 Jan 2022 • 4:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun lalu Huawei dan Xiaomi telah memasuki arena automotif bagi memberikan persaingan kepada Apple yang turut mempunyai aspirasi yang sama. Hari ini muncul laporan laman 36kr dari China yang mengatakan syarikat automotif Geely akan mengambil alih Meizu dan bakal menyertai dunia telefon pintar pula.

image is not available

Proses pengambilalihan masih sedang dilakukan dengan Geely akan melancarkan telefon pintar pertama mereka seawal 2023. Ini mengesahkan ura-ura Geely akan melancarkan jenama telefon pintar mereka sendiri yang kami laporkan September lalu. Sebagai persediaan mereka telah mula mengambil beberapa eksekutif dari ZTE, Xiaomi, dan Oppo serta telah melaburkan lebih RMB 10 bilion setakat ini untuk membina perniagaan telefon pintar sendiri.

Meizu pernah menjadi jenama yang popular di China dengan inovasi seperti skrin sekunder di bahagian belakang serta peranti nir-port Meizu Zero yang kemudiannya dibatalkan jualan kerana gagal mengumpul dana. Geely ialah syarikat konglomerat automotif yang besar dengan Proton, Volvo, Lotus dan Polestar kesemuanya di bawah payung mereka.