Bung arah pusat operasi banjir di seluruh negeri buka 24 jam

3 Jan 2022 • 11:53 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengarahkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di seluruh daerah di negeri ini terutama di kawasan Kinabatangan diaktifkan 24 jam berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Beliau berkata, ianya penting bagi memastikan segala persiapan dapat dirangka lebih awal sekaligus memastikan kelancaran operasi bersama agensi serta jabatan kerajaan berkaitan terutama dalam usaha membantu dan menyelamat.

Jelas beliau, ia juga bertujuan mengelak daripada timbul sebarang isu kelewatan gerakan operasi yang akhirnya hanya akan memberi kesan terhadap usaha-usaha menyelamat penduduk di kawasan yang berisiko tinggi.

"Saya minta seluruh PKOB di negeri ini terutama di kawasan Kinabatangan supaya melaksanakan persiapan awal dan rapi bagi memastikan perjalanan operasi berjalan dengan lancar," kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

"Perancangan yang rapi dan teratur dapat memastikan semua petugas serta aset-aset berkaitan dapat digerakkan bersama semasa operasi dijalankan sekaligus mengelak daripada sebarang kejadian yang buruk dan tidak diingini, hasil jalinan kerjasama padu semua pihak."

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.