“Awas! Pemeriksaan Sedang Dijalankan” – Umur Sudah 90 Tahun, Telefon Lelaki Ini Tetap Dipantau Isteri

Entertainment
13 Jan 2022 • 2:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video seorang wanita warga emas yang menarik perhatian netizen apabila dilihat masih bersikap ‘queen control’ terhadap suaminya walaupun sudah berusia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama Annisa Tarigan itu, pasangan suami isteri warga emas itu dilihat berada di ruang tamu sebuah rumah.

Wanita warga emas itu dilihat memeriksa telefon pintar milik suaminya yang sedang berdiri sambil memerhati telefon yang dipegang olehnya.

image is not available

Walaupun sudah 90 tahun, telefon saya tetap dipantau isteri.

Lebih menarik perhatian apabila lelaki warga emas itu kelihatan berdebar ketika menyaksikan telefonnya dipegang oleh isterinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tidak melepaskan peluang memberi respons terhadap tindakan wanita warga emas itu.

“Itu pekerjaan ibu-ibu setelah bergelar isteri. Ingat tu, itu kerja kami!” tulis seorang netizen.

“Mesti ‘dak dik duk’ hati atuk tu” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

image is not available 21 jam lalu

"Comel Betul Akak Ni!" - Netizen Terhibur Tengok Gadis Dari China Belajar Mengira Dalam Bahasa Melayu

View Original Article