Suspek Amuk Serang Bapa Meninggal Dunia

30 Jan 2022 • 8:52 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Datuk Azri Ahmad - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Seorang pesakit mental yang mengamuk dan menyerang bapanya di Kampung Temong Hilir, Kuala Kangsar, Perak meninggal dunia ketika perjalanan ke hospital, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, lelaki berusia 38 tahun terbabit dikatakan bertindak demikian di kediaman keluarganya.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad, berkata sebaik menerima maklumat itu, sekumpulan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar digegaskan ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba di kediaman lelaki itu, polis mendapati suspek dalam keadaan agresif sedang bergelut dan ditahan di atas tanah oleh empat lelaki, termasuk bapanya.

“Polis kemudian membantu menahan lelaki tersebut untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar, suspek tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azri berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat diperoleh.

“Kes ini disiasat Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved