
SANDAKAN: Kerajaan Sabah memperuntukkan kira-kira RM48 juta kepada badan bukan Islam, sekolah vernakular dan sekolah swasta di negeri ini tahun ini, peruntukan tertinggi untuk tujuan itu setakat ini.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Roland Chia Ming Chen berkata, peningkatan peruntukan daripada RM42.9 juta tahun lalu menunjukkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor benar-benar mengambil berat tentang pembangunan kaum Cina serta masyarakat bukan Islam lain di negeri ini.



