Strain Baharu COVID-19 Ditemukan, Deltacron Kombinasi Varian Omicron & Delta

Health & Fitness
10 Jan 2022 • 11:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Para saintis di Cyprus mendedahkan mereka menemui satu strain baharu Covid-19 yang dilaporkan kombinasi varian Delta dan Omicron.

Menurut laporan Bloomberg, penemuan strain baharu yang digelar Deltacron berikutan pengenalpastian tanda genetik seperti Omicron dalam genom Delta.

Profesor sains biologi di Universiti Cyprus dan ketua Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul, Leondios Kostrikis dan pasukannya mengenal pasti 25 kes seumpamanya.

image is not available

Buat masa ini terdapat jangkitan bersama Omicron dan Delta dan kami mendapati strain ini merupakan kombinasi kedua-duanya.

Analisis statistik menunjukkan kekerapan relatif jangkitan gabungan adalah lebih tinggi dalam kalangan pesakit yang pernah dimasukkan ke hospital akibat Covid-19, berbanding mereka yang tidak pernah dimasukkan ke hospital.

Kita akan lihat pada masa akan datang jika strain ini lebih patologi atau lebih menular.

image is not available

Bagaimanapun, Profesor Kostrikis percaya strain tersebut akan menggantikan varian Omicron yang sangat menular.

image is not available 5 hari lalu

Varian Baharu COVID-19 Ditemukan, IHU Telah Menjangkiti 12 Orang