Butiran GPU Arc Alchemist Untuk Komputer Riba Tertiris

TechnologyDigital
25 Jan 2022 • 2:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Intel dijangka akan memperkenalkan siri kad dan cip grafik Intel Arc Alchemist mereka secara rasmi tidak lama lagi, selepas tidak membuat sebarang pengumuman rasmi sewaktu acara Consumer Electronics Show pada awal bulan ini.

Akan tetapi, sebuah slaid pembentangan dilihat telah tertiris ke arena web memperlihatkan bahawa Intel akan memperkenalkan empat SKU cip pemprosesan grafik Intel DG2 untuk komputer riba tidak lama lagi. Konfigurasi-konfigurasi ini memperlihatkan jumlah Execution Unit dan kapasiti memori yang berbeza.

image is not available

Bermula dengan penawaran EU, SKU pertama hadir dengan 512 EU, model kedua dengan 384 EU, model ketiga dengan 256 EU, manakala model keempat dan kelima hadir dengan 128 EU dan 96 EU. Penawaran memori juga dilihat berbeza dengan model 512 EU hadir dengan 16GB memori GDDR6, model kedua dengan 12GB memori, model ketiga dengan 8GB memori dan model keempat dan kelima dengan 4GB memori.

Ini bermakna bahawa Intelakan memperlihatkan penawaran cip grafik pada pelbagai segmen pengguna, daripada mereka yang mahukan prestasi berkuasa, kepada penawaran cip dan kad grafik kelas pertengahan dan mampu-milik.

Walaupun slaid yang diperlihatkan adalah untuk komputer riba, ia juga dijangka bahawa Intel akan memperkenalkan beberapa SKU ini untuk kad grafik kelas desktop juga, khususnya model 512 EU dan 384 EU. Prestasi cip pemprosesan grafik tersebut dilihat setaraf dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti.

Sumber: VideoCardz