1,000 bakul makanan diagih santuni keluarga susah di Balakong

3 Jan 2022 • 10:53 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 JAN: Sebanyak 1,000 pek bakul makanan diedarkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) berbangsa Cina sekitar Balakong mulai 1 Januari.

Wakil rakyatnya Wong Siew Ki berkata bantuan itu bagi menggantikan program sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang dibatalkan susulan Covid-19 dan banjir.

“Kita berikan sumbangan ini bagi menghormati individu yang terkesan bukan sahaja dengan pandemik Covid-19 tetapi bencana banjir baru-baru ini.

“Kita harap pemberian ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima sekali gus meraikan perayaan secara bersederhana,” katanya ketika dihubungi.

Antara makanan diagihkan ialah beras, gula, garam, kopi, susu pekat, sardin, kuih raya, kalendar, pelitup muka dan angpau.

Siew Ki berkata individu yang memerlukan bantuan boleh tampil ke Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong atau hubungi 03-9076 0331.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved