Pelancong Asing Kena Bayar 300 Baht Masuk Thailand Bermula April

Travel
13 Jan 2022 • 2:50 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Bermula 1 April ini, mana-mana pelancong asing yang ingin berkunjung ke Thailand bakal dikenakan yuran kemasukan sebanyak 300 Baht (RM38) seorang.

Yuran berkenaan akan digunakan bagi membiayai pembangunan lokasi pelancongan tempatan serta sebagai pelan perlindungan insurans.

Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata bayaran tersebut akan dikenakan menerusi tambang tiket penerbangan.

image is not available

Bagaimanapun, agensi berkaitan masih belum memutuskan kaedah kutipan yang sesuai bagi kemasukan melalui darat.

Thanakorn berkata industri pelancongan dijangka menjana pendapatan antara 1.3 hingga 1.8 trilion baht, termasuk 800 bilion baht daripada pelancong asing.

image is not available

Beliau berkata berdasarkan situasi semasa, kerajaan mengunjurkan kemasukan lima juta pelancong antarabangsa ke negara itu pada 2022, yang majoritinya daripada Eropah dan Amerika Syarikat.

Jika pelancong China dan India kembali, ketibaan pelancong boleh mencecah sembilan juta.

image is not available

Sementara itu, jika sempadan darat dibuka semula untuk tujuan pelancongan rentas sempadan -- ia bakal menarik pelancong dari Malaysia, Laos dan Myanmar, jumlah kemasukan 15 juta pelancong adalah munasabah.

image is not available

Thailand telah memperkenalkan pelbagai rancangan dan program termasuk "Test and Go" bebas kuarantin dan "Phuket Sandbox" bagi memulihkan industri pelancongannya.

image is not available

Sektor pelancongan Thailand terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dengan hanya kira-kira 200,000 ketibaan direkodkan pada tahun lepas berbanding hampir 40 juta pengunjung pada 2019 dan 6.7 juta pada 2020.

Bank Pusat Thailand mengurangkan prospek ketibaan pelancong asing untuk 2022 daripada 6 juta kepada 5.6 juta.

image is not available

Sumber: BERNAMA