7 daripada 9 satelit angkasa milik Malaysia telah mati, ini sebabnya

12 Jan 2022 • 10:35 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MySA), 7 daripada 9 satelit yang dilancarkan Malaysia sudah tidak aktif dan diklasifikasi sebagai end-of-life. Ia tidaklah mengejutkan kerana ada dalam kalangan satelit yang kita lancarkan sudahpun berusia 25 tahun.

image is not available
Senarai satelit yang dilancarkan Malaysia dan yang didaftarkan di PBB – sumber

Tentu sekali akan ada teknologi yang lebih cekap masa ini boleh menggantikan unit-unit yang sudah tidak aktif. Berikut adalah senarai satelit yang telah Malaysia lancarkan mengikut kronologi masa:

  1. MEASAT 1 12 Januari 1996
  2. MEASAT 2 13 November 1996
  3. TIUNGSAT 1 26 September 2000
  4. MEASAT 3 11 Disember 2006
  5. MEASAT 3a 21 Jun 2009
  6. RAZAKSAT 14 Julai 2009
  7. MEASAT 3b 11 September 2014
  8. UiTMSat 1 10 Ogos 2018
  9. Innosat 2 29 November 2018

Kalau anda masih ingat, satelit terakhir yang dilaporkan telah dikeluarkan daripada senarai operasi adalah MEASAT 3 yang berusia 15 tahun ketika tidak beroperasi. Ia menyebabkan penyiaran servis TV Satelit ASTRO tergendala buat beberapa hari.

Pihak yang mengendalikan ASTRO dikhabarkan akan melancarkan satelit baharu, MEASAT 3d secepat mungkin dan katanya boleh menampung lebih banyak siaran beresolusi tinggi serta kelajuan capaian Internet lebih pantas. Kali terakhir Malaysia melancarkan satelit adalah dalam akhir 2018 iaitu Innosat 2.

Cerita tentang satelit ini tumbul bersempena Dasar Angkasa Negara 2030 (Malaysia Space-X 2030). Ia adalah kerangka kerja yang dilancarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi  mengawal selia hal ehwal pembangunan teknologi angkasa di Malaysia.

Dr. Adham Baba, menteri MOSTI memberi gambaran yang sektor angkasa negara disasarkan untuk menyumbang RM3.2 billion ataupun 0.3% kepada KDNKK negara menjelang 2030 disamping mewujudkan sekitar 5,000 peluang kerja.

Bacaan berkaitan