Tokan dadah ditahan, heroin bernilai RM43,000 dirampas

27 Jan 2022 • 4:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MELAKA - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 375.90 gram serta 632.30 gram heroin dianggarkan bernilai RM43,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bukit Beruang, Ayer Keroh di sini awal pagi Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, ejen pencari pekerja berumur 38 tahun yang disyaki tokan dadah itu ditahan dalam serbuan pada jam 4.50 pagi, dan polis turut menyita dua kereta dianggarkan bernilai RM130,000 dalam serbuan itu.

Menurutnya, suspek yang masih bujang itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati, dan tindakan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.

"Siasatan awal mendapati suspek dengan 11 rekod kesalahan lampau berkaitan narkotik itu positif dadah jenis morphine, dia ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved