Guna Paku Atau Dawai Kokot Bungkus Makanan? Anda Mungkin Dipenjara 2 Tahun Atau Didenda RM10,000

6 Jan 2022 • 4:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tampil mengingatkan peniaga supaya tidak sesekali menggunakan bahan berbahaya seperti paku atau seumpanya bagi urusan pembungkusan makanan.

image is not available 21 jam lalu

Bekas Pesakit COVID-19 Tahap Serius Berdepan Risiko Kematian Dalam Tempoh Setahun

Maklum DG Hisham lagi, sesiapa yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 iaitu sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan.

image is not available

Menurutnya, kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimun RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Malah, hukuman lebih berat boleh dikenakan jika barang-barang tersebut ditemui dalam makanan.

KKM mengambil maklum mengenai isu penggunaan paku bagi membungkus makanan yang tular di media sosial serta pandangan pelbagai pihak yang khuatir terhadap kaedah pembungkusan makanan yang tidak selamat.

Jelasnya, perkara (menggunakan paku untuk membalut makanan) tidak sepatutnya berlaku kerana masih terdapat kaedah pembungkusan lain yang lebih selamat.

Memetik laporan Astro Awani, beliau dalam pada itu turut mengingatkan ibu-bapa agar memeriksa terlebih dahulu makanan yang diberikan kepada anak-anak sebelum dimakan.