Ismail Sabri Nafi Ada Rombakan Kabinet, Mahu Fokus Isu Banjir

Politics
4 Jan 2022 • 5:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan tiga orang menteri akan digugurkan jawatan kerana gagal menangani isu banjir.

Antara nama yang dikaitkan dengan dakwaan itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun; dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi laporan Harian Metro berkata, beliau enggan melayani spekulasi yang timbul mengenai rombakan kabinet.

image is not available
Foto: Harian Metro

Tumpuan beliau kini hanyalah kepada usaha menangani banjir serta membantu rakyat yang mengalami kesukaran pasca bencana itu.

Selagi saya tidak umumkan apa-apa (berhubung spekulasi rombakan Kabinet), tidak adalah.

Saya sekarang fokus isu banjir dan perkara lain (rombakan Kabinet) belum ada apa-apa lagi. Banyak spekulasi (ketika ini), selagi saya tidak buat kenyataan, kita anggap ia spekulasi sajalah.

Saya nak fokus isu banjir, rakyat tengah susah, lebih baik kita tumpu kepada (usaha) bagaimana nak bantu rakyat yang susah akibat banjir.

Jelas beliau lagi, selagi tiada pengumuman darinya maka perkara seperti rombakan Kabinet dianggap tiada.

Menurutnya, mesyuarat Kabinet yang akan diadakan esok membincangkan mengenai dua perkara iaitu isu banjir dan masalah Covid-19.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.