
Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Warisan Sepanggar, Azhar Matussin berkata pengumuman bekas Ketua Wira Sepanggar, Jumardie Lukman bersama dua ahli jawatankuasa (AJK) bahagian lantikan dilihat tidak memberikan impak besar, khususnya di Sepanggar.
“Sebahagian yang hadir semasa pengumuman (oleh Jumardie) menyatakan bahawa mereka dijemput hadir tanpa dimaklumkan tujuan sebenar majlis tersebut.
“Kenyataan mendakwa ketua kampung serta beberapa bekas pemimpin masyarakat mengikut langkah keluar parti lebih berupa gimik politik yang cuba mengelirukan rakyat.
“Mereka mendakwa Jumardie cuba memujuk agar mereka menyertainya namun beberapa pemimpin masyarakat menolak pelawaan tersebut,” katanya, di sini, pada Isnin.
Azhar yang juga Adun Darau, berkata pengumuman itu juga tidak memberikan kesan besar kepada parti.
“Jumardie lebih gemar melakukan gerak kerja sendiri tanpa memaklumkan kepada tanpa memaklumkan kepada Timbalan Wira atau AJK Wira Sepanggar.
“Semua tahu Jumardie bukan orang Sepanggar….beliau tidak pernah berkongsi asal usulnya termasuk tidak pernah mengajak AJK untuk bertandang ke rumahnya.
“Semua Wira Warisan sangat keliru akan status kedudukannya,” katanya.
Azhar menambah, ketiadaan Jumardie akan memberi ruang kepada Timbalan Wira Julius Junior Gala untuk menyusun semula Wira Warisan Sepanggar yang sudah sekian lama terumbang-ambing.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
