Berang Diberi Notis, Pemilik Premis Makanan Acu Kapak Terhadap Anggota KKM

28 Jan 2022 • 8:29 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

LUMUT - Berang diberi notis tidak mematuhi amalan kebersihan, seorang pemilik premis makanan bertindak mengacukan dua batang kapak terhadap anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sebuah pusat perniagaan makanan di Kampung Koh dekat sini, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam, lelaki berumur 56 tahun itu turut menghamburkan kata-kata kesat terhadap anggota penguat kuasa terlibat.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata kejadian dipercayai berlaku, apabila peniaga tersebut tidak berpuas hati diberi notis berkenaan dari pihak KKM, yang datang membuat penguatkuasaan pemantauan premis makanan dan mendapati berlaku pelanggaran peraturan yang telah ditetapkan.

“Pihak penguat kuasa KKM mengeluarkan notis tersebut kerana premis makanan lelaki itu didapati tidak bersih, selain dia juga berkuku panjang dan memakai cincin ketika menjalankan perniagaan.

“Lelaki itu kemudian mengeluarkan dua batang kapak dari simpanannya sebelum mengacukan kepada anggota KKM itu, sebelum mereka bertindak beredar dari lokasi dan membuat laporan di Balai Polis Sitiawan,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi di sini semalam.

Nor Omar berkata polis sudah mengenal pasti suspek dan akan menahannya dalam masa terdekat, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan, iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam, serta Seksyen 186 Kanun sama iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved