Gunting rambut percuma untuk pelajar masuk sekolah

8 Jan 2022 • 4:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

ALOR SETAR - Lebih 100 pelajar sekolah menengah dan rendah di daerah ini menerima perkhidmatan gunting rambut percuma sebagai persediaan kembali semula ke sekolah pada Ahad.

Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri memberitahu, usaha berkenaan diambil atas keprihatinan bahawa ada golongan kurang berkemampuan untuk mengunting rambut anak-anak mereka.

"Kami prihatin dengan nasib golongan berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan dikhuatiri perlu membelanjakan sehingga RM15 seorang untuk mendapatkan perkhidmatan itu.

"Bayangkan, ada yang memiliki anak ramai dan terpaksa mengeluarkan belanja besar bagi tujuan itu, inisiatif ini diharap dapat meringankan bebanan keluarga tersebut," katanya kepada Sinar Harian selepas Program Jom Gunting Rambut Percuma di Masjid Al-Rahmah Taman Wira, di sini, pada Sabtu.

Katanya, bersyukur program yang mendapat sokongan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Wira dan Masjid Al-Rahmah itu turut mendapat sambutan baik daripada ibu bapa.

"Alhamdulillah, ramai pelajar termasuklah murid tadika tidak melepaskan peluang menyertai program bermula seawal jam 9 hingga 12 tengah hari dalam program julung-julung kalinya diadakan tahun ini," katanya.

Kata beliau, pihaknya berhasrat meneruskan program gunting rambut secara percuma pada Mac depan ketika sesi persekolahan baharu bermula dalam usaha meringankan beban ibu bapa pelajar.

Dalam perkembangan sama, Syed Mohd Johan Rizal menyatakan program berkenaan juga diharap membantu meluaskan rezeki tukang gunting rambut yang rata-ratanya kini terdiri daripada anak-anak muda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved