“Tak Lari Dari Marketing, Sampah” – Tak ‘Restu’ Aliff Menang, Netizen Rasa Nikki Atau Suki Lebih Layak Juara

24 Jan 2022 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) telah melabuhkan tirai di mana Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara, Nikki Palikat dan Suki Low masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Aliff membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 sementara Nikki menerima wang tunai RM50,000 dan Suki Low, RM30,000 selain membawa trofi kemenangan masing-masing.

Bagaimanapun, dengar cerita ada yang kurang berpuas hati dan seolah-olah tidak boleh terima kemenangan yang diadili oleh empat juri profesional itu.

Menerusi Twitter, ramai netizen mengucapkan tahniah kepada Aliff namun terdapat juga warganet yang meluahkan pendapat mereka tentang kemenangan suami Bella Astillah itu.

Segelintirnya berkata Nikki Palikat atau Suki Low sebenarnya lebih layak mendapat gelaran juara berbanding penyanyi dari Singapura itu.

image is not available

Menurut mereka, penyanyi berusia 31 tahun itu merupakan juara yang ‘tidak direstui’ serta berkata kemenangannya seperti boleh diramal sejak dari awal lagi.

Kemenangan yang sudah dijangka, tapi tulah tak direstui.”

Sementara itu, markah akhir keenam-enam peserta GV8 yang kini tular di internet menunjukkan hanya Aliff dan Nikki yang melepasi 80 peratus manakala Suki mendapat 77.91 peratus dan tiga peserta lain iaitu Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera masing-masing tidak mencecah 70 peratus markah.

image is not available 6 jam lalu

"Salah Pilih Lagu Tu" - Netizen Tak Puas Hati, Tok Ram Dedah Punca Aweera Duduki Tempat Keenam