
Kota Kinabalu: Persatuan Skuasy Sabah (SSA) mendapat rangsangan menerusi penambahan tiga gelanggang skuasy yang sedang dalam pembinaan bersebelahan lima gelanggang sedia ada yang terletak di Stadium Likas.
Presiden SSA Datuk Charles O Pang berharap dengan adanya gelanggang baharu, lebih ramai belia Sabah akan mejadikan skuasy sebagai sukan utama mereka.
“Diharapkan gelanggang tambahan ini akan membuka peluang untuk lebih ramai pemain muda menceburi sukan iini selaras dengan program pembangunan jangka panjang kami.
“Pada masa sama, kami percaya kami boleh menganjurkan kejohanan peringkat kebangsaan berskala besar di sini pada masa hadapan,” katanya pada Isnin.
Sementara itu, Pang dan timbalannya Lai Pak Peng diiringi jurutera Lembaga Sukan Sabah Ag Mohd Taufiq Ag Ali, Josue Lozitin kontraktor dari Alamega Konsultan dan pegawai-pegawai Lembaga Sukan Sabah lain membuat pemeriksaan di tapak itu baru-baru ini bagi memastikan gelanggang baharu itu dibina mengikut Standard Persekutuan Skuasy Dunia (WSF).
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
