“Dia Layan Macam Anak Sendiri” – Tak Kira Kaum, Netizen Tersentuh Lihat Kasih Sayang Lelaki Ini

Entertainment
13 Jan 2022 • 12:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi Tiktok, video seorang lelaki yang melakukan eksperimen sosial di sekitar ibu kota.

Pengalaman yang dilalui oleh lelaki tersebut yang merupakan seorang Youtuber bernama Leeroy Wong telah mendapat perhatian netizen apabila meraih lebih 1.1 juta tontonan dalam masa beberapa jam selepas dimuat naik.

Menerusi video tersebut, Roy dilihat menghampiri seorang lelaki dan meminta bantuan untuk mengikatkan tali leher kerana tidak tahu dan kononnya datang ke ibu kota bagi menghadiri sesi temu duga kerja.

image is not available

Pak cik itu bersungguh dan nampak ikhlas membantu, malah melayan saya seperti anaknya sendiri.

Menurut Roy, lelaki itu tidak menolak, dia terus membantu mengikatkan tali leher dan menyisir rambut, malah memberi kata semangat hingga membuatkan dia sebak.

Disebabkan itu, saya tersentuh dan menangis malah ia spontan, bukan dibuat-buat.

Tindakan jujur lelaki itu sekali gus membuat ramai netizen tersentuh.

“Dia layan macam anak sendiri, sedih weh video ni” tulis seorang netizen.

Selain lelaki berkenaan, ada lima lagi individu yang sudi membantu mengikatkan tali lehernya sepanjang tiga hari melakukan eksperimen sosial.

image is not available 18 jam lalu

Peniaga Kesal Pasangan 'Berlagak' Kaya Berbelanja Sakan Pakai Duit Palsu