Gambar Motorola Frontier Tertiris Memperlihatkan Kamera Besar 200MP

TechnologyDigital
25 Jan 2022 • 8:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Motorola telah diperkatakan bakal hadir dengan telefon pintar pertama dengan sensor kamera 200-megaapixel, melalui apa yang dinamakan Motorola Frontier.

Lanjutan daripadanya, kini WinFuture berkongsi gambar telefon pintar berkenaan buat pertama kalinya, sekaligus memperlihatkan rekaan sensor yang bersaiz besar pada bahagian belakang.

image is not available

Ia dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1+ – kemaskini kepada cip sedia ada, selain turut hadir dengan kamera swafoto 60-megapixel.

Telefon ini dijangka akan hadir menjelang Julai 2022 kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut untuk telefon pintar berkuasa tinggi dari Motorola ini.