OnePlus Memperlihatkan Gambar Rasmi OnePlus 10 Pro – Mengekalkan Kamera Hasselblad

TechnologyDigital
4 Jan 2022 • 10:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas pelbagai imej tertiris daripada pelbagai sumber untuk rekaan OnePlus 10 Pro, yang mana dilihat menggunakan modul kamera seakan S21 yang bergabung terus ke sisi peranti. Akhirnya OnePlus mendedahkan imej pengolokan rasmi bagi peranti ini.

image is not available

Semua yang kita lihat sebelum ini ternyata benar. Modul kamera OnePlus 10 Pro ini jelas dilihat mengambil inspirasi rekaan Samsung, tetapi susun atur sensor kamera yang berbeza. Apa-apa pun, ia masih nampak unik dan berbeza dengan Oppo Find X4 Pro (atau X5 Pro) yang tertiris.

image is not available

OnePlus mendedahkan imej bagi model berwarna hitam atau kelabu dan juga warna hijau. Berdasarkan imej, kemasan panel belakang ini mungkin jenis kusam dan licin. Sayang sekali OnePlus tidak mendedahkan imej rekaan hadapan dan sudut lain. Tetapi pasti apa yang sudah kita lihat selama ini benar.

image is not available

Walau bagaimanapun, OnePlus masih belum mengesahkan spesifikasi peranti ini. Walaupun kami yakin ia semua benar. Ini kerana mereka masih mahu simpan “kejutan” ketika acara pelancaran kelak. Menurut video acah sebelum ini, ia adalah pada 11 Januari akan datang.

Sama-sama kita nantikan.