
RANAU: Kira-kira setengah juta ringgit kerugian akibat jenayah komersil di daerah ini sepanjang tahun 2020, kata Timbalan Menteri II Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin.
Menurutnya, anggaran kerugian RM500,000 itu adalah tinggi kerana kes membabitkan angka sedemikian tidak pernah direkodkan sebelum ini di daerah itu.
