Wajib Cuba! Resepi Viral TikTok, Ini Cara Membuat Crab Rangoon

Cooking
20 Jan 2022 • 7:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, ramai pengguna yang berkongsi video resepi dan cara membuat Crab Rangoon.

Crab Rangoon ni memang sedap dan sesuai untuk dijadikan snek dan kudapan keluarga untuk minum petang.

Rasanya yang berlemak, rangup, pedas-pedas manis dan dicicah pula dengan sos cili Thai memang membuatkan ramai pengguna TikTok ‘terliur’ setiap kali melihatnya. Jadi, ini kami kongsikan resepi mudah cara membuat Crab Rangoon.

 

Cara-cara membuat Crab Rangoon

image is not available

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 250 gram cream cheese
  2. 8 keping crab imitation @ crab stick
  3. Daun Bawang
  4. Kulit Wonton

image is not available

1. Biarkan cream cheese pada suhu bilik. Cincang crab stick dan hiris daun bawang. Gaulkan kesemuanya.

image is not available

2. Menerusi perkongsian pengguna TikTok @halalsnacc, anda juga boleh masukkan perasa makanan pilihan anda seperti sebuk Lada Sulah (White Paper).

image is not available

3. Isi semua bahan yang telah digaul dalam kulit Wonton. Letakkan sedikit air di tepi kulit wonton supaya lipatan melekat.

image is not available

4. Menerusi perkongsian seorang lagi pengguna TikTok @sallywhoo, satu paket 250 gram cream cheese, anda akan dapat membuat 33 keping Crab Rangoon yang kemudiannya digorengkan dengan api yang kecil (slow deep fry).

image is not available

5. Crab Rangoon ni juga boleh disediakan bersama Sos thai dan makan panas-panas. Baru la rangup!

Dah siap, mudah sahaja kan. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan kawan-kawan dan keluarga juga ye. Selamat menjamu selera!

image is not available 1 minggu lalu

Sesuai Buat 'Kaki Wayang', Ini 10 Filem Blockbuster Antarabangsa Wajib Ditonton 2022