Garmin Malaysia Mengacah Pengenalan Produk Baharu Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
24 Jan 2022 • 7:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Garmin sedia terkenal dengan penawaran peranti boleh pakai yang memberi fokus terhadap sukan dan aktiviti lasak. Sehingga kini, terdapat pelbagai peranti boleh-pakai keluarannya yang sedia berada di pasaran. Setiap satu daripadanya juga mempunyai daya tarikan dan target penggunanya yang tersendiri.

image is not available

Dalam perkembangan terkini, Garmin Malaysia nampaknya mempunyai perancangan untuk mengemaskini rangkaian produk sedia ada dengan penawaran baharu. Ia berikutan terdapatnya perkongsian terbaharu di Facebook rasmi yang memberi gambaran tentang hal tersebut. Namun begitu, Garmin Malaysia mengambil pendekatan untuk berteka-teki mengenai produk yang bakal diumumkan. Sebaliknya, sekadar berkongsi tarikh pelancaran rasminya yang berlangsung kurang dari sebulan – iaitu 23 Februari 2022.

Setakat ini, Garmin telah melancarkan beberapa produk baharu di CES 2022. Ini termasuklah Garmin Venu 2 Plus, Garmin Vivomove Sport, siri Garmin Fenix 7 dan Garmin Epix (Gen 2). Adakah terdapat kemungkinan untuk mana-mana model berkenaan ditawarkan untuk pasaran tempatan kelak? Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Garmin Malaysia berhubung perkara ini.