Jangan sebar berita tidak rasmi berhubung kesihatan Dr Mahathir

Politics
23 Jan 2022 • 3:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta tidak menyebarkan sebarang berita mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melainkan ia berdasarkan sumber keluarga atau hospital secara rasmi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau sebaliknya meminta orang ramai mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan rawatan Dr Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN) ketika ini agar negarawan itu segera sembuh.

"Hormati situasi keluarga Tun Dr Mahathir saat ini," katanya dalam ciapan di laman Twitter pada Ahad.

Sejak Sabtu, pengamal media mula berkumpul di perkarangan IJN bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir.

Bagaimanapun anak Ahli Parlimen Langkawi itu Datin Paduka Marina memaklumkan keadaan bapanya kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lepas.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan dan beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut berkenaan dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Januari. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved