Timbalan Ketua Bahagian MIC Tapah Maut Dalam Kemalangan

23 Jan 2022 • 10:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kereta yang dipandu oleh Sivabalan yang terbabas ke dalam parit di KM53 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah. - Gambar ihsan Bomba

IPOH - Timbalan Ketua Bahagian MIC Tapah D Sivabalan maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di KM53 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan berlaku pada kira-kira 12.45 tengah malam dan menyebabkan Sivabalan, 50, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa (Sivabalan) yang memandu kereta jenis Proton Iswara memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta jenis Proton Exora dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun.

“Kereta mangsa kemudian terbabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan menuju ke arah Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Exora tidak mengalami kecederaan. - Bernama