COVID-19 Catat 19 Kematian Baharu, Selangor Kekal Tertinggi 

16 Jan 2022 • 11:49 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang wanita membacakan doa dari luar pagar sebuah kawasan perkuburan, selepas pengebumian jenazah pesakit COVID-19. - Gambar Sairien Nafis

KUALA LUMPUR - Kematian baharu akibat COVID-19 meningkat semalam, apabila Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 19 kes itu setakat tengah malam tadi, berbanding 12 kes pada hari sebelumnya.

Angka kematian baharu itu termasuk enam kes di luar hospital (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kes kematian disebabkan virus terbabit adalah sebanyak 31,781 kes dengan 6,415 daripadanya adalah kes BID.

Menerusi data di laman sesawang COVIDNOW, Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan lima kes, disusuli Perak (3), Sabah (3), Johor (2), Pulau Pinang (2), Terengganu (2), manakala Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan satu kes.

Berdasarkan laman sesawang itu, sebanyak 40,785 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara setakat tempoh sama, dengan 33,214 atau 81.4 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,984 pesakit pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Manakala, seramai 4,100 pesakit dimasukkan ke hospital dengan 103 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 90 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,074 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara semalam yang menunjukkan penurunan, berbanding 3,346 kes kelmarin, sekali gus menjadikan kumulatif kes virus itu di Malaysia adalah 2,805,337.

Sementara itu menurut laman sesawang sama, sebanyak 167,368 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, membabitkan 640 dos pertama, 655 dos lengkap dan 166,073 dos penggalak.

Setakat ini, 55,095,161 dos suntikan sudah diberikan kepada populasi dewasa membabitkan 23,182,938 atau 99.0 dos pertama, 22,902,459 atau 97.8 peratus (dos lengkap) dan 9,212,282 atau 39.4 peratus (dos penggalak). - Getaran, 16 Januari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved