Perhimpunan #tangkapAzamBaki: Polis tutup 6 jalan utama

21 Jan 2022 • 4:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Polis akan menutup enam jalan utama di ibu negara bersempena perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung di sekitar ibu negara pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, jalan tersebut membabitkan Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.

“Ini adalah enam jalan utama di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang akan terlibat dalam pelaksanaan tugasan dan kita akan membuat lencongan di jalan tersebut.

“Lencongan ini akan bermula pada jam 7 pagi pada 22 Januari 2022 sehingga selesai tugasan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam sidang media pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved