Lima hari hilang, mayat budak ditemui terapung

20 Jan 2022 • 5:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PITAS - Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu ditemui lemas di perairan Kampung Pondoi, di sini, pada Khamis.

Mangsa, Rikson Josh, 12, ditemui pada jam 12. 05 tengah hari oleh penduduk kampung berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Rony Sikawan berkata, mangsa ditemui kira-kira 26 kilometer dari lokasi asal kanak-kanak itu dilaporkan lemas.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung dan dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Pitas," katanya.

Katanya lagi, dengan penemuan mayat mangsa itu, operasi ditamatkan pada jam 4 petang.

Sebelum itu, mangsa dikhuatiri lemas selepas hilang ketika berkelah di tepi Sungai Bengkoka, di sini, bersama ahli keluarganya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved