Lelaki Ini Kongsi Tips Lekat RFID Pada Kereta, Elak ‘Sangkut’ Di Plaza Tol

30 Jan 2022 • 7:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki cuba melakukan uji kaji menukar dan mengubah kedudukan pelekat identifikasi frekuensi radio (RFID) pada keretanya sama ada ia akan memberi sebarang perbezaan dari segi pengesanan sistem tersebut di setiap plaza tol yang dilaluinya.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai NorAzri Zakaria berkongsikan mengenai perkara tersebut di laman TikTok miliknya dan ia seakan memberi kesan yang berbeza ketika ia diletakkan di posisi berbeza.

Ujar NorAzri, dia cuba meletakkan pelekat RFID tersebut di belakang papan nombor plat di bahagian hadapan keretanya.

Kebanyakan pengguna akan melekatkan pelekat RFID tersebut di sudut kiri atas cermin depan atau di tengah-tengah lampu depan bahagian kiri.

Katanya, dia tidak mengalami masalah ketika berada di plaza tol dan mesin sensor juga lebih cepat dan pantas mengesan pelekat RFID tersebut.

“Letak sticker dekat belakang no plate (depan). Lebih cepat detect daripada tampal dicermin. Lebih kemas dan tersorok. Sila la cuba.” tulis nya di bahagian kapsyen video TikTok tersebut.

image is not available 18 jam lalu

“Cinta Saya Adil “ - Tinggal Serumah Dengan 8 Isteri, Lelaki Thailand Ini Curi Perhatian Netizen