Keychron Q9 Ialah Papan Kekunci Mekanikal Tersuai Terbaru Mereka Dengan Rekaan Menaip Ergonomik

TechnologyDigital
21 Jan 2022 • 6:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Keychron ialah sebuah jenama papan kekunci mekanikal yang hadir dengan pelbagai jenis susun atur kekunci, dan terkini, syarikat tersebut telah memperlihatkan model papan kekunci mekanikal terbaru mereka yang dinamakan Keychron Q9.

image is not available

Selepas melancarkan papan-papan kekunci Keychron Q1 dan juga Q2, yang merupakan papan kekunci dengan aturan kekunci 75 peratus dan 65 peratus, Keychron Q9 kali ini hadir dengan aturan 65 peratus dalam rekabentuk ergonomic, atau lebih dikenali sebagai “Alice” dalam kumpulan penggemar papan kekunci mekanikal.

image is not available

Sama seperti Keychron Q1 dan Q2, papan kekunci ini hadir dengan rangka yang diperbuat daripada aluminum dan hadir dengan sistem lekapan dwi-gasket. Ini bermakna bahawa selain daripada span gasket yang terlekat diantara papan litar dan rangka papan kekunci ini, mereka juga menggunakan pad silikon diantara rangka atas dan bawah papan kekunci ini untuk menyerap lebih banyak bunyi bising.

image is not available

Keunikan penggunaan papan kekunci Keychron ialah ia juga hadir dengan sokongan untuk sistem operasi Windows dan juga MacOS. Ia juga hadir dengan pelbagai aksesori yang lebih lazim dilihat pada sebuah papan kekunci tersuai, seperti pad gabus untuk papan litar dan rangka bawah, penggunaan plat, yang dijangka akan hadir dengan pilihan aluminum terlebih dahulu, dan mungkin akan hadir dengan penawaran lain seperti FR4 dan juga tembaga.

image is not available

Pra-tempahan untuk Keychron Q9 dikatakan akan dibuka pada bulan Februari kelak, pada harga $149 untuk set asas tanpa suis dan kekunci, dan $169 untuk versi siap-pasang dengan suis mekanikal dan juga kekunci. Papan kekunci ini juga dijangka akan mula dijual secara rasmi pada bulan Mei 2022.

Sumber: Keychron